Iklan Best!

25 July 2018

Foundation stories

Haluuuuuu......

Ok.. I nak share mengenai foundation.. Foundation ni kita guna di seluruh wajah kita.. untuk cover ketidaksekataan pada kulit kita supaya kulit kita nampak halus, sekata dan cantik.. asas kepada makeupa adalah base yang cantik. Untuk mendapatkan baselah yang cantik kenalah ada kulit yang cantik. Namun tak semua orang dikurniakan kulit yang bebas masalah kulit kan.. disitula fungsi makeup.. 😁😁😁

Foundation ni selalu ada beberapa jenis.. cream, liquid, powder, stick, mousse erm ada lg tak? Dalam teknologi skrg ada jg foundation yg powder to cream tau.. 😁😁.. Foundation ni mmg byk belambak di pasaran ya..

Ok meh kita tgk satu persatu..

Fenty Beauty Pro Filt’r Pro Matte Foundation : My Favourite foundation so far.. I’ll repurchase kalau habis dah nti
Liquid Foundation 
Makeup Forever Ultra HD Foundation - Natural finish tapi tetap cantik
Tekstur selalunya cair dan ringan. Sesuai dengan semua jenis kulit. Kita lihat pada label foundation sama ada ianya untuk kulit normal, berminyak ataupun kering. Ataupun kita lihat finishing foundation tersebut sama ada ianya matte, semi-matte, glowing atau radiance. Tepulangla pada kita kan nak finish mcm mana. Tp selalunya kalau kulit berminyak pakaila yang matte atau semi-matte finish. Kata kering pakailah yang glowing finish. Kulit normal semua boleh 😁. Foundation ni senang la sikit nak apply kat muka. Boleh calit-calit sikit kat muka dan blend guna span atau berus. Saya memang suka foundation jenis liquid ni. Liquid foundation ni ada beberapa coverage sama ada light/sheer coverage (natural), medium-coverage atau full coverage. Walaubagaimanapun, selalunya liquid foundation ni boleh build coverage bergantung kepada coverage kita perlukan.
Maybelline FitMe Matte+Poreless Foundation - My drugstore fav, beli da 3 botol 😜😜
Cream Foundation
Cream foundation tekstur lebih pekat. Sesuai untuk mereka yang gemarkan hasil yang lebih matte dan sesuai untuk kulit berminyak. Founder kat Malaysia banyak keluarkan produk cream foundation ni. Selalu dalam pot kecil. Saya tak banyak pengalaman sangat dalam menggunakan produk ni. Kaedah aplikasi sama juga calit sedikit di area muka dan ratakan guna span atau berus. Foundation jenis ni boleh kata high coverage senang sikit nak cover parut-parut jerawat atau redness. So boleh apply extra kat mana-mana area perlu dan blend rata-rata.



Powder Foundation
Powder foundation ni selalunya dalam bentuk sama ada loose powder atau compact powder. Zaman-zaman uni dulu pakai yg two-way cake je..foundation two-way cake ni selalunya boleh guna 2 kaedah (dah namanya 2 way kan 😁).. boleh basahkan span untuk hasil lebih tebal/full coverage atau guna span kering untuk hasil lebih natural. Boleh guna untuk touch-up jugak. Senang simpan dalam handbag. Powder foundation jenis loose powder tu tak la banyak sgt di pasaran tp ada orang suka jugak yang gni. Hasilnya lebih natural. Atau sekurang-kurangnya boleh guna untuk setkan foundation  jenis liquid/cream supaya makeup lebih tahan lama.

Stick Foundation
Stick foundation ni akan beri kita lebih coverage sebab tekstur foundation yang lebih pekat. Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak. Lebih krg mcm cream foundation la cuma stick foundation ni dalam bentuk stick la kan 😜. Banyak dipasaran jgk ni tetapi kurang popular dikalangan orang malaysia. Rating paling best dikalangan youtuber adalah Hourglass vanish  seemless foundation stick.. tp harga aduhai.. i mmg tak mampu ler.. hihihi... makeup forever Hd stick foundation pun ok jgk.. harga mahal jgk la utk poket orang-orang biasa ni..

Mousse Foundation
I pernah guna Maybelline BB mousse ka dulu..zaman tak reti sangat makeup..tp nak jugak nampak flawless kan.. hahaha.. mousse foundation tekstur ringan dan light sj.. sesuaila untuk yang tak suka makeup tebal. Sapu kat seluruh muka guna jari, span atau berus.

Tak banyak yang I boleh kongsikan pun.. I personally suka liquid foundation. Senang apply. Senang blend. Untuk apply foundation I lebih suka guna wet span. Entry lain I akan cerita mengenai tools untuk apply foundation pulak ya.

P/s i update gmbr later ya.. ntah knp xbole upload ni

MrsDyiean

19 July 2018

My 1st Ever Youtube Video

Assalamualaikum...

Haluuu...

Ok I nak cerita mengenai perjalanan dalam bidang makeup ni dan video pertama I dalam bidang ni.. memang minat dah lama.. tp nak beli makeup mahal-mahal rasa tak mampu.. pelan-pelan la berjinak-jinak.. tengok youtube.. baca blog-blog.. disinila I mula kenal banyak mengenai makeup.. zaman belajar dulu dekat Uni kan ada dinner tiap hjg sesi tu.. makeup la sendiri guna bahan yg ada.. mmg tak pernah upah untuk makeup kecuali masa kahwin 🤭🤭..

So sapa berminat bolehla subcribe youtube channel I.. bole klik link https://youtu.be/gZRDKOHWuMg ni untuk view video pertama I buat dulu.. I takda ring light so guna natural light je.. alhamdulillah walaupun tak canggih tp bole la kan asal sampai mesej 🤣🤣🤣🤣.. insyaAllah akan diperbaiki mana ada kekurangan. I tak da video ni dah sebab dah tukar hp so ntah xtaula napa takda dalam gallery da even dah backup.. tp bole direct tengok kat youtube ya.. jgn lupa subcribe 😜😜

Atau view kat bawah ni ye 😘😘.. makeup paling senang & simple.. 10-15min ckup dah ni
MrsDyiean

Muhamad Qoid Arziki

Assalamualaikum

Tersangat la lama aku xupdate blog ni.. Ya Allah mcm xda masa lansung pulak.. Bz dgn anak2 yg semakin mbesar.. Thn 2012 smbt belajar amik dpli-pjk d ums. Rezeki d tawarkm lps jd gstt almost 3 thn. Hbs bljr mgandung pula .... Tu la hasilnya Muhamad Qoid Arziki.. Baby boy lahir pd 1 Sept 2013 di KK Specialist Centre jam 6.06 pg. hari ahad jgk sama mcm kakak Azza. Hehehe. Update slalu tp d fb je.. Hehe

Nak crita pengalaman melahirkn Ziki ni amat berbeza dgn Azza.. Dimulakan crita masa last appointmn dgn Dr Sarva tu.. Lbh krg masa tu 38w+, Dr.Sarva kata dlm mggu ni aku akan besalin. Tp tgu punya tgu xjg kluar tanda2 besalin tu. dah la masa ni asben blk sandakan jab sbb kenduri 7hr arwah bapa dia. Ada masa aku crita kisah tu pula. Smpi abah dtg kk teman aku tdo sbb kebetuln mmg adik aku pun away masa tu. nasib xteberanak masa asben aku xda. Last2 hjg mgu abah & mama dtg. Kebetulan cuti merdeka la masa tu kan. Smpt lg beraya & mkn seafood kami org ni. Hehe. Nerves da sbb tanda2 baby nak kuar blum lg azza. Masa ni msuk 39mp da. Mertua & ipar2 pun blk2 tanya serta mjangkakan aku akan bsalin pd 31 ogos. Hehehe. Tp smpi mlm tu xjg kuar tanda2 nak besalin ni. Aku da frust da. Cian dgn mama&abah yg dtg bemlm2 d kk. Ckp la dgn hubby.. Doala besalin esok.. Buatkn air selusuh spy cpt besalin. Aku pun takut lmbt lg sbb takut baby besar 😅. Asben pun buatkn la 1 botol tuppaware kecik tu air selusuh.

Dgn izin Allah..jam 2.20 pg aku tebgun dr tdo. Rasa perut sakit2 denyut2. Pastu rasa basah ckit kat bwh tu. cek pi toilet rupanya tanda darah da kluar. Kejutkn hubby ckp da ada tanda. Nak kejut abah tak? Hubby tanya.. Aku ckp nti dlu, cek dlu contraction. Aku cek 5min skali tp br mild contraction. Sah la ni maksudnya. Kejut mama, mama kejutkn abah. Abah bgun trus ganti sluar. 😁😁 sedikit panik. Tp peliknya asben pulak muntah2 tba2.. Pembawaan budak ke apa ntah. Jam 3 pg betolak ke KK Specialist Centre. Smpi trus nurse pasangkn CTG. br mild contraction kata nurse. Bidan pun cek bukaan rahim. Tekejut bidan tu da 8cm. Aku pun xcaya. Bidan cek skali lg. mmg da 8cm masa tu. so aku pun d masukkn ke wad dlu sementara drg prepare kn apa2 yg patut d dewan bersalin. Bilik yg sama.. No 6. Lps jak tukang baju hospital nurse dtg dgn krusi roda nak tolak aku g dewan bersalin. Aku siap ckp xyala sbb msh ble jln. Nurse tu suh naik jg.

Smpi dewan bersalin asben lmbt msuk sbb dia br rendam air akar fatimah tu.. Tgu kembang ckit dia bwk la msuk. Masa ni msh xrasa sakit kuat lg. ble gurau senda lg dgn asben d dewan besalin. 😆 masa ni lbh krg jam 4pg. Bidan ingat air ketuban aku da pecah sbb da 8cm kan.. So xla dia pecahkn. Kalau x mesti kjb je tu nak naik ke 9cm. Ni tgu lbh sejam jg la. Pelan2 sakit dia makin kuat. Dan aku kluar darah ye.. Bkn lendir or air.. Darah.. Mcm byk je aku rasa.. Sbb last skali tu tgk byk darah nurse tu trus cucuk utk drip air.. Incase apa2 hal katanya.. Xlama pastu dr.Sarva dtg.. Masa tu 9cm da. Skali dr.Sarva cek air ketuban lum pecah. Lps ja dr.Sarva pecahkn trus rasa nak meneran tu dtg. 2 kali teran jg la sbb tgh2 meneran tu dr.Sarva suh tarik nafas. Masuk blk kepala baby 😁. Kali ke2 teran lahirla Arziki. Alhamdulillah.. Trima kucupan dr hubby. Dipermudahkan Allah.

MrsDyiean

Blog lama tak publish lg.. huhuhu 

I NEED A COMEBACK!!

Assalamualaikum...

Haloooo....

Ya Allah lamanya tak update blog ni.. Memang ada angan-angan nak update blog.. nak tulis macam2 perjalanan hidup ku ni.. Dulu blog ni pasal jahitan manik.. lamanya dah tak jahit manik.. ada request kdg2.. tp rutin harian tak macam dulu.. so agak susah nak fokus dalam jahitan manik sebab amik masa panjang...

Tak lama lepas tu terlibat pulak dengan baking ni.. sampai 1 tahap seismilk post pasal kek roll buatan kitaorg.. Ya Allah bestnya.. skrg ni masih baking lg.. alhamdulillah kecil-kecilan ikut kemampuan tp kek dihasilkan dah pelbagai la.. I akan tulis nanti cerita mengenai kek-kek yg ada.. atau bole jugak follow ig @azzaleacake.. sanala I post segala jenis kek yang kitaorg buat & jual.. I kira nak buat jugak tutorial dalam blog untuk cara2 buat kek kitaorg.. ada ke yg nak baca tu?

Setahun dua ni.. I bejinak-jinak pulak dalam dunia makeup.. almaklumlah semakin berkembang dunia makeup ni.. I mmg minat dari zaman sekolah lg bab-bab makeup ni.. tp masa tu takla mampu nak membeli makeup ke.. nak amik kursus makeup ke.. belajar sekarang pun asas dari youtube je..I berjinak-jinak buat video youtube.. follower br 20 org 😜😜😜.. tp tak pa.. bila dapat share mengenai benda yang kita minat, mmg puas hati..

Oh ya.. I dah ada keja tetap.. jdi Cikgu.. Cikgu PJK ok jgn tak tau.. sapa-sapa yang follow ig/fb I mesti tau dah.. kat sekolah pun share jgk pasal makeup ni.. selalunya kwn-kwn cikgu ni bertanya la jgk pasal2 makeup ni.. yelah.. dah namanya pompuan mestilah nak menjga penampilan diri kan.. bukan sebab nak cantik di mata orang pun.. lebih kepada kepuasan diri sendiri.. nak sentiasa nampak cantik..

InsyaAllah nanti I akan share video-video makeup yang I dah buat dalam blog ni.. buat masa sekarang ni I cuti panjang.. lebih tepat lg MC panjang... patah kaki.. nti I buat entry lain tentang patah kaki ni ye.. minggu depan insyaAllah I kena opret psg besi kat kaki.. patutnya isnin lepas.. tp tepaksa postpone sbb I batuk.. huhuhu... please doakan I dapat jalani operation tu secepat mgkn.. sgt tak selesa kaki besimen ni.. beratnya Ya Allah.. 😅😅

Mudahan ada lg yang membaca blog I ni.. insyaAllah blog ini akan dimeriahkan semula 😍😘😘

P/S.. i akan buat entry macam2 la.. makeup, masakan, cake, perjalanan hidup, anak2..

MrsDyiean

Us

Daisypath Anniversary tickers

Me&Him

Daisypath Anniversary tickers

Nur Azzalea Batrisyia

lb1m.lilypie.com/TikiBlogger.php/1Xp3

My Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Blogger news