Iklan Best!

12 January 2013

Apa itu Morning Sickness?

Morning sickness adalah rasa mual dan muntah yang biasanya terjadi pada masa 3 bulan awal kehamilan (trimester pertama kehamilan). Rasa mual dan muntah ini boleh terjadi kerana makanan tertentu, bahkan hanya kerana mencium bau makanan tertentu saja. Setiap wanita hamil memiliki tahap mual yang berbeza, ada yang tidak merasakan apa-apa, tapi ada juga yang merasa sedikit mual dan ada yang merasa sangat mual dan muntah setiap saat sehingga memerlukan bantuan ubat. Mual-mual ini adalah disebabkan oleh peningkatan hormonal. 

Cara mengatasinya adalah dengan makan dalam jumlah sedikit tapi kerap, elakkan makan dalam jumlah atau porsi besar kerana ianya hanya akan membuat anda mual. Di awal kehamilan ini kebanyakan wanita hamil mengalami hanya sedikit saja peningkatan berat badannya dan ini tidak mempengaruhi perkembangan bayi anda. Dan jangan bimbang  biasanya mual-muntah akan menghilang pada akhir trimester pertama.Ingat setiap wanita hamil adalah berbeza.

Berikut ini beberapa tips untuk membantu anda mengatasi “morning sickness” atau mual-muntah semasa awal kehamilan:

1. Berusahalah makan sewaktu anda dapat makan, dengan porsi kecil tapi kerap dan jangan makan dalam porsi besar yang membuat anda tambah mual.

2. Makanlah makanan yang tinggi karbohidrat dan protein sehingga dapat membantu mengatasi rasa mual anda. Bykkn makan buah dan sayuran dan makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, kentang, biscuit, dll

3.  Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan pedas yang akan menambah rasa mual anda.

4. Minum air yang cukup untuk menghindari dehidrasi akibat muntah. Minumlah air putih, ataupun juice. Hindari minuman yang mengandung kafein dan karbonat.

5. Vitamin untuk kehamilan kadang memperburuk rasa mual, tapi anda tetap memerlukan folat untuk kehamilan anda.

6. Banyakkan berehat. Baca majalah atau menonton rancangan tv kegemaran anda.

Berjumpalah dengan doktor andai keadaan muntah anda sgt teruk dan menyebabkan dehidrasi.

pengalaman saya untuk 2 kehamilan sebelum ini.. saya xmuntah xtentu pasal tp xble masak la sbb xble hidu lansung bau masakan.. masa anak pertama smpi masuk bulan ke 5 baru reda..anak kedua masuk bulan ke 4 da beransur reda. utk kali ni smpi skrg saya masih boleh memasak..jangkaan awal da masuk mggu ke6..

tp pengalaman setiap individu dan kehamilan adalah berbeza.Wallahualam.

No comments:

Us

Daisypath Anniversary tickers

Me&Him

Daisypath Anniversary tickers

Nur Azzalea Batrisyia

lb1m.lilypie.com/TikiBlogger.php/1Xp3

My Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Blogger news