Iklan Best!

19 July 2018

I NEED A COMEBACK!!

Assalamualaikum...

Haloooo....

Ya Allah lamanya tak update blog ni.. Memang ada angan-angan nak update blog.. nak tulis macam2 perjalanan hidup ku ni.. Dulu blog ni pasal jahitan manik.. lamanya dah tak jahit manik.. ada request kdg2.. tp rutin harian tak macam dulu.. so agak susah nak fokus dalam jahitan manik sebab amik masa panjang...

Tak lama lepas tu terlibat pulak dengan baking ni.. sampai 1 tahap seismilk post pasal kek roll buatan kitaorg.. Ya Allah bestnya.. skrg ni masih baking lg.. alhamdulillah kecil-kecilan ikut kemampuan tp kek dihasilkan dah pelbagai la.. I akan tulis nanti cerita mengenai kek-kek yg ada.. atau bole jugak follow ig @azzaleacake.. sanala I post segala jenis kek yang kitaorg buat & jual.. I kira nak buat jugak tutorial dalam blog untuk cara2 buat kek kitaorg.. ada ke yg nak baca tu?

Setahun dua ni.. I bejinak-jinak pulak dalam dunia makeup.. almaklumlah semakin berkembang dunia makeup ni.. I mmg minat dari zaman sekolah lg bab-bab makeup ni.. tp masa tu takla mampu nak membeli makeup ke.. nak amik kursus makeup ke.. belajar sekarang pun asas dari youtube je..I berjinak-jinak buat video youtube.. follower br 20 org 😜😜😜.. tp tak pa.. bila dapat share mengenai benda yang kita minat, mmg puas hati..

Oh ya.. I dah ada keja tetap.. jdi Cikgu.. Cikgu PJK ok jgn tak tau.. sapa-sapa yang follow ig/fb I mesti tau dah.. kat sekolah pun share jgk pasal makeup ni.. selalunya kwn-kwn cikgu ni bertanya la jgk pasal2 makeup ni.. yelah.. dah namanya pompuan mestilah nak menjga penampilan diri kan.. bukan sebab nak cantik di mata orang pun.. lebih kepada kepuasan diri sendiri.. nak sentiasa nampak cantik..

InsyaAllah nanti I akan share video-video makeup yang I dah buat dalam blog ni.. buat masa sekarang ni I cuti panjang.. lebih tepat lg MC panjang... patah kaki.. nti I buat entry lain tentang patah kaki ni ye.. minggu depan insyaAllah I kena opret psg besi kat kaki.. patutnya isnin lepas.. tp tepaksa postpone sbb I batuk.. huhuhu... please doakan I dapat jalani operation tu secepat mgkn.. sgt tak selesa kaki besimen ni.. beratnya Ya Allah.. 😅😅

Mudahan ada lg yang membaca blog I ni.. insyaAllah blog ini akan dimeriahkan semula 😍😘😘

P/S.. i akan buat entry macam2 la.. makeup, masakan, cake, perjalanan hidup, anak2..

MrsDyiean

No comments:

Us

Daisypath Anniversary tickers

Me&Him

Daisypath Anniversary tickers

Nur Azzalea Batrisyia

lb1m.lilypie.com/TikiBlogger.php/1Xp3

My Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Blogger news