Iklan Best!

16 September 2018

Muhamad Raif Althaf ~ Pengalaman Mengandung & Melahirkan

Assalamualaikum...

Oleh sbb kakak & abg dia ada entry semasa lahir.. so kena la tulis jg kan.. wpun skrg ni Raif da msuk 1thn4bulan.. telambat tak.. oleh sbb aku xdpt tido lg smpi skrg ni (1.35am) maka kita mengarangla cerita kelahiran Raif ni...

Aku mula mengandungkan Raif ni pada September 2016.. masa ni br tau la.. lbh2 krg kandungan 4mgu+.. mula2 ok je.. bole gi mkn di Seoul Garden Imago lg.. msuk kandungan 5mgu ++ munculla segala jenis morning sickness.. badan lemah xmampu nak buat apa2 lnsg.. tido je keja aku.. anak2 lnsg aku xbole nak layan.. makan xboleh, muntah je.. minum air pun xbole telan.. muntah jg.. gastrik truk da.. mmg keja mc je manjang.. selama sebulan morning sickness truk ni.. aku ulang alik gi klinik Dr.Sarva je keja.. mula2 tu kena la suntik utk gastrik kan.. tp xjalan.. Dr.Sarva cakap jg, ubat da xjalan sbb aku da dehidrasi truk.. mana taknya kan.. air pun aku xbole telan.. sampai tahap aku fobia nak sumbat apa2 dalam mulut.. manala x lembik.. so kena warded utk drip air..

Aku cr gambar xjumpa lg.. next time aku add kalau jumpa.. haha.. msuk je botol pertama mmg lega ckit aku rasa.. laju je air tu menitis2 πŸ˜….. msuk botol ke-2 aku da ada rasa nak makan da masa ni.. lega la bole mkn da.. bole minum.. ok patutnya aku kena msuk 6 botol .. tp jarum tecabut masa botol ke 4.. so nurse tanya aku nak cucuk blk atau nak stop.. aku kata stop je la sbb aku da rasa sihat kan.. esok nya aku discharged.. doc bg mc la beberapa hr utk rest...

Selang beberapa hari.. blk lg situasi sama.. mula la pelan2 xbole telan mknn.. lama2 air pun aku xbole telan.. so kali ni aku pi emergency Hospital Likas pulak.. sbb plg2 drip air je kan.. rugi byr bil mahal2.. tp lama sgt proses pemeriksaan di emergency ni.. cek air kencing da tahap oren pekat nak ke coklatan da.. lbh krg range 6-7 mcm tu la.. so d emergency aku kena drip..xlama pastu kena msuk wad.. di Hospital Likas aku kena drip 8botol.. mcm biasa botol ke2 aku da betenaga & mula beselera.. esoknya aku discharged 😁 & smbg mc beberapa hari..


Di sekolah aku mmg xlarat.. jalan pun lembik je..keja mmg nak tido ja.. selang beberapa hari simptom bemula lgi.. aku selalunya bole mkn sarapan pagi.. tp lama2 sarapan pun dimuntahkan keluar.. blk lg jumpa Dr.Sarva.. drip lg 6 botol.. alhamdulillah pelahan2 aku mula ok.. mula betenaga semula.. mula bole mkn dan minum.. dalam tempoh sebulan morning sickness truk tu aku susut lbh10kg.. air je kot bukan lemak🀣🀣..

Slps tempoh kritikal lepas.. aku da bole keja mcm biasa.. da bole aktif blk.. dlm bulan nov tu aku keja mcm biasa da.. pelan2 badan adjust.. xla secergas mana tp okla dr sebelum ni.. kejala smpi mula cuti skolah.. hihi.. lps2 tu xda masalah sgt alhamdulillah.. aku ok je bole buat aktiviti mcm biasa.. jangkaan aku bersalin adalah pd 13 mei 2017.. tp aku ni slalu awal besalin.. maka aku pun amik la cuti awal 11hr.. plan nak berehat & buat persediaan la.. latihan2 SAM aku da siapkn & bg arahan pd pelajar lg.. hihi..

Tp kan.. dlm tempoh 11 hr aku cuti awal tu.. teda jg tanda2 besalin.. sakit2 perut main2 je.. mcm2 aku buat, squat, jln itik, aktif2 sana sini.. cuci dapur.. cuci toilet.. semua petua d cuba.. xpula nak kluar awal baby aku ni.. da minta asben buatkn air selusuh lg.. beberapa hr sebelum due tu.. mama & abah dtg.. mertua pun dtg jg.. standby.. aku & suami pun da fikir jg incase by due xbesalin lg kita minta induce je la.. syg cuti.. nti baby kejab je.. sblm tu mmg dr.Sarva penah tanya jg psl induce ni.. tp mmg la xnak kan slagi bole tgu.. smpila ke tarikh 12 mei tu mmg xda tanda2.. mmg da kompom la ni esok temujanji (13 mei tu due+temujanji doc), minta induce je la..

Bgun pagi dlm jam 6.30 da rasa lain2.. rasa sakit2 memulas perut.. pastu trasa ada benda mgalir kat bwh tu.. bgun trus pi tandas cek..ada tanda da show.. alhamdulillah.. mmg amat d tgu.. sakit kontraksi pun da rasa tp mild lg la.. pagi tu mmg plan nak suh asben pi beli nasi kuning utk sarapan pagi suma..da mmg pesan mama mlm sblm xya msk sarapan..so asben pun tanyala jdi ke nak beli sarapan? Hihi kenala mkn dlu nti xda tenaga.. maka asben pun kluarla beli nasi kuning utk kami semua & roti canai utk anak2.. sementara tu aku gi mandi & besiap. Bole makeup bagai lg sbb xsakit sgt lg.. asben smi ja kitaorg sarapan & trus gerak pi KK Specialist.

Tiba di sana, mcm prosedur biasa la.. kitaorg gi wad atas tu.. kebetulan mmg dr.Sarva ada kan standby utk open klinik. Dr.Sarva trus cek bukaan. Dah 5-6cm. Alhamdulillah. Daftarla wad dlu & salin baju. Dr. Sarva mmg tgu d luar blk masa tu sbb nak pecahkn air ketuban. Sbb masa ni da kena msuk dewan besalin da trus. Lps pecahkn ketuban Dr.Sarva siap ckp lg estimation dia aku besalin dlm jam 11 pg gtu la..oh kmi smpi KK Specialist dlm jam 8.30pg.. mama, abah,mertua & anak2 pun smpi xlama tu.. aku da pesan xpyh rush sgt tp mama risau sbb aku slalunya xlama kalau proses besalin ni..

Msuk dewan bersalin tu pelan2 sakit makin kuat.. mintala injek tahan sakit..mmg xla kurang sgt sakitnya tp slalunya beguna masa kena jahit nti 🀭🀭.. pelan2 sakit mkin kuat xlama lps tu full la bukaan.. bermula la proses meneran.. teran punya teran mcm xlepas sgt.. huhu.. berabis da tp xmo jg kluar baby ni.. slps beberpa kali push berabis, trasa mcm ada koyakan.. zapp Dr.Sarva trus gunting perinium.. br dpt teran kepala baby.. bru kepala ok! Kena lg teran skali lg utk kluarkan bahu dia.. azza dan ziki skali teran trus meluncur kluar.. kali ni mcm berabis da tp agak susa mo d kluarkan πŸ˜….. lps da bejaya teran sekali lg.. kluar bahu maka meluncurla c baby.. leganya masa tu hanya Allah yg tau.. siapa2 yg penah melahirkan mesti tau sakitnya masa kemuncak kontraksi tu.. dan slagi baby xkeluar selagi tu akan sakit πŸ˜–πŸ˜–.. mmg kita hanya nak cpt2 je selesai melahirkn..

Setelah baby lahir mcm biasa doc tunjuk jantina.. asben gunting tali pusat.. pastu nurse bw baby jab utk sedut lendir2 d kerongkong tu.. smbl2 tu bidan siap ada ckp lg.. ‘izyan, besarnya baby ko’.. aku sempat toleh baby dan akui mmg besar.. ptutla susa d teran kluar.. lps da sedut baby d serahkan pda asben & asben azankan.. nila nikmat yg aku mau bila besalin d hospital swasta. Asben d sebelah trus dpt azankan baby. Hospital Likas bkn xbole tp asa bbrpa prosedur.. ntahla ada yg kata da xbole skrg..

Smbl2 kena jahit tu.. faham2 la pedihnya kena jahit luka kena gunting ok.. huhuhu.. aku siap wsup lg dlm grup da siap besalin.. hehe.. hp mmg kat sblh je masa tu ka. 🀭🀭

Babah azankan

Muhamad Raif Althaf bin Kamaluddin. Lahir pd 13 Mei 2017. Jam 10.51 pg. Di KK Specialist Centre Kota Kinabalu. Berat 3.79kg. 🀭😁

Add caption

09 September 2018

Smokey Green Makeup Look


Hi all..

Mana tau ada yg berminat tiru look ni.. 😍
Cantik kan green dia..aku guna pallete Colourpop X Katleen Light.. aku mmg peminat dia.. suka tgk video-video youtube dia.. skrg ni pallete ni kira my go-to pallete jgk la.. sgt handy cuma xda cermin..




Smokey Green Makeup Look


MrsDyiean

04 August 2018

Basic Makeup Look ~

Assalamualaikum...

I sharing video makeup lama.. basic makeup look.. kira makeup basic & teknik makeup plg basic.. sesuai utk mereka yg baru belajar makeup.. jarang da i buat video voice over ni.. sbb amik masa.. nak buat talk-thru video pulak slalu byk gangguan πŸ˜….. so plg enjoy..

Andai nak tgk lbh video makeup boleh subcribe to my youtube channel 😍.. jan lupa like 😘



Follow my social media :
Instagram - yandyiean & izyanzimmer
Youtube - izyanzimmer

MrsDyiean

25 July 2018

Foundation stories

Haluuuuuu......

Ok.. I nak share mengenai foundation.. Foundation ni kita guna di seluruh wajah kita.. untuk cover ketidaksekataan pada kulit kita supaya kulit kita nampak halus, sekata dan cantik.. asas kepada makeupa adalah base yang cantik. Untuk mendapatkan baselah yang cantik kenalah ada kulit yang cantik. Namun tak semua orang dikurniakan kulit yang bebas masalah kulit kan.. disitula fungsi makeup.. 😁😁😁

Foundation ni selalu ada beberapa jenis.. cream, liquid, powder, stick, mousse erm ada lg tak? Dalam teknologi skrg ada jg foundation yg powder to cream tau.. 😁😁.. Foundation ni mmg byk belambak di pasaran ya..

Ok meh kita tgk satu persatu..

Fenty Beauty Pro Filt’r Pro Matte Foundation : My Favourite foundation so far.. I’ll repurchase kalau habis dah nti
Liquid Foundation 
Makeup Forever Ultra HD Foundation - Natural finish tapi tetap cantik
Tekstur selalunya cair dan ringan. Sesuai dengan semua jenis kulit. Kita lihat pada label foundation sama ada ianya untuk kulit normal, berminyak ataupun kering. Ataupun kita lihat finishing foundation tersebut sama ada ianya matte, semi-matte, glowing atau radiance. Tepulangla pada kita kan nak finish mcm mana. Tp selalunya kalau kulit berminyak pakaila yang matte atau semi-matte finish. Kata kering pakailah yang glowing finish. Kulit normal semua boleh 😁. Foundation ni senang la sikit nak apply kat muka. Boleh calit-calit sikit kat muka dan blend guna span atau berus. Saya memang suka foundation jenis liquid ni. Liquid foundation ni ada beberapa coverage sama ada light/sheer coverage (natural), medium-coverage atau full coverage. Walaubagaimanapun, selalunya liquid foundation ni boleh build coverage bergantung kepada coverage kita perlukan.
Maybelline FitMe Matte+Poreless Foundation - My drugstore fav, beli da 3 botol 😜😜
Cream Foundation
Cream foundation tekstur lebih pekat. Sesuai untuk mereka yang gemarkan hasil yang lebih matte dan sesuai untuk kulit berminyak. Founder kat Malaysia banyak keluarkan produk cream foundation ni. Selalu dalam pot kecil. Saya tak banyak pengalaman sangat dalam menggunakan produk ni. Kaedah aplikasi sama juga calit sedikit di area muka dan ratakan guna span atau berus. Foundation jenis ni boleh kata high coverage senang sikit nak cover parut-parut jerawat atau redness. So boleh apply extra kat mana-mana area perlu dan blend rata-rata.



Powder Foundation
Powder foundation ni selalunya dalam bentuk sama ada loose powder atau compact powder. Zaman-zaman uni dulu pakai yg two-way cake je..foundation two-way cake ni selalunya boleh guna 2 kaedah (dah namanya 2 way kan 😁).. boleh basahkan span untuk hasil lebih tebal/full coverage atau guna span kering untuk hasil lebih natural. Boleh guna untuk touch-up jugak. Senang simpan dalam handbag. Powder foundation jenis loose powder tu tak la banyak sgt di pasaran tp ada orang suka jugak yang gni. Hasilnya lebih natural. Atau sekurang-kurangnya boleh guna untuk setkan foundation  jenis liquid/cream supaya makeup lebih tahan lama.

Stick Foundation
Stick foundation ni akan beri kita lebih coverage sebab tekstur foundation yang lebih pekat. Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak. Lebih krg mcm cream foundation la cuma stick foundation ni dalam bentuk stick la kan 😜. Banyak dipasaran jgk ni tetapi kurang popular dikalangan orang malaysia. Rating paling best dikalangan youtuber adalah Hourglass vanish  seemless foundation stick.. tp harga aduhai.. i mmg tak mampu ler.. hihihi... makeup forever Hd stick foundation pun ok jgk.. harga mahal jgk la utk poket orang-orang biasa ni..

Mousse Foundation
I pernah guna Maybelline BB mousse ka dulu..zaman tak reti sangat makeup..tp nak jugak nampak flawless kan.. hahaha.. mousse foundation tekstur ringan dan light sj.. sesuaila untuk yang tak suka makeup tebal. Sapu kat seluruh muka guna jari, span atau berus.

Tak banyak yang I boleh kongsikan pun.. I personally suka liquid foundation. Senang apply. Senang blend. Untuk apply foundation I lebih suka guna wet span. Entry lain I akan cerita mengenai tools untuk apply foundation pulak ya.

P/s i update gmbr later ya.. ntah knp xbole upload ni

MrsDyiean

19 July 2018

My 1st Ever Youtube Video

Assalamualaikum...

Haluuu...

Ok I nak cerita mengenai perjalanan dalam bidang makeup ni dan video pertama I dalam bidang ni.. memang minat dah lama.. tp nak beli makeup mahal-mahal rasa tak mampu.. pelan-pelan la berjinak-jinak.. tengok youtube.. baca blog-blog.. disinila I mula kenal banyak mengenai makeup.. zaman belajar dulu dekat Uni kan ada dinner tiap hjg sesi tu.. makeup la sendiri guna bahan yg ada.. mmg tak pernah upah untuk makeup kecuali masa kahwin 🀭🀭..

So sapa berminat bolehla subcribe youtube channel I.. bole klik link https://youtu.be/gZRDKOHWuMg ni untuk view video pertama I buat dulu.. I takda ring light so guna natural light je.. alhamdulillah walaupun tak canggih tp bole la kan asal sampai mesej 🀣🀣🀣🀣.. insyaAllah akan diperbaiki mana ada kekurangan. I tak da video ni dah sebab dah tukar hp so ntah xtaula napa takda dalam gallery da even dah backup.. tp bole direct tengok kat youtube ya.. jgn lupa subcribe 😜😜

Atau view kat bawah ni ye 😘😘.. makeup paling senang & simple.. 10-15min ckup dah ni
MrsDyiean

Muhamad Qoid Arziki

Assalamualaikum

Tersangat la lama aku xupdate blog ni.. Ya Allah mcm xda masa lansung pulak.. Bz dgn anak2 yg semakin mbesar.. Thn 2012 smbt belajar amik dpli-pjk d ums. Rezeki d tawarkm lps jd gstt almost 3 thn. Hbs bljr mgandung pula .... Tu la hasilnya Muhamad Qoid Arziki.. Baby boy lahir pd 1 Sept 2013 di KK Specialist Centre jam 6.06 pg. hari ahad jgk sama mcm kakak Azza. Hehehe. Update slalu tp d fb je.. Hehe

Nak crita pengalaman melahirkn Ziki ni amat berbeza dgn Azza.. Dimulakan crita masa last appointmn dgn Dr Sarva tu.. Lbh krg masa tu 38w+, Dr.Sarva kata dlm mggu ni aku akan besalin. Tp tgu punya tgu xjg kluar tanda2 besalin tu. dah la masa ni asben blk sandakan jab sbb kenduri 7hr arwah bapa dia. Ada masa aku crita kisah tu pula. Smpi abah dtg kk teman aku tdo sbb kebetuln mmg adik aku pun away masa tu. nasib xteberanak masa asben aku xda. Last2 hjg mgu abah & mama dtg. Kebetulan cuti merdeka la masa tu kan. Smpt lg beraya & mkn seafood kami org ni. Hehe. Nerves da sbb tanda2 baby nak kuar blum lg azza. Masa ni msuk 39mp da. Mertua & ipar2 pun blk2 tanya serta mjangkakan aku akan bsalin pd 31 ogos. Hehehe. Tp smpi mlm tu xjg kuar tanda2 nak besalin ni. Aku da frust da. Cian dgn mama&abah yg dtg bemlm2 d kk. Ckp la dgn hubby.. Doala besalin esok.. Buatkn air selusuh spy cpt besalin. Aku pun takut lmbt lg sbb takut baby besar πŸ˜…. Asben pun buatkn la 1 botol tuppaware kecik tu air selusuh.

Dgn izin Allah..jam 2.20 pg aku tebgun dr tdo. Rasa perut sakit2 denyut2. Pastu rasa basah ckit kat bwh tu. cek pi toilet rupanya tanda darah da kluar. Kejutkn hubby ckp da ada tanda. Nak kejut abah tak? Hubby tanya.. Aku ckp nti dlu, cek dlu contraction. Aku cek 5min skali tp br mild contraction. Sah la ni maksudnya. Kejut mama, mama kejutkn abah. Abah bgun trus ganti sluar. 😁😁 sedikit panik. Tp peliknya asben pulak muntah2 tba2.. Pembawaan budak ke apa ntah. Jam 3 pg betolak ke KK Specialist Centre. Smpi trus nurse pasangkn CTG. br mild contraction kata nurse. Bidan pun cek bukaan rahim. Tekejut bidan tu da 8cm. Aku pun xcaya. Bidan cek skali lg. mmg da 8cm masa tu. so aku pun d masukkn ke wad dlu sementara drg prepare kn apa2 yg patut d dewan bersalin. Bilik yg sama.. No 6. Lps jak tukang baju hospital nurse dtg dgn krusi roda nak tolak aku g dewan bersalin. Aku siap ckp xyala sbb msh ble jln. Nurse tu suh naik jg.

Smpi dewan bersalin asben lmbt msuk sbb dia br rendam air akar fatimah tu.. Tgu kembang ckit dia bwk la msuk. Masa ni msh xrasa sakit kuat lg. ble gurau senda lg dgn asben d dewan besalin. πŸ˜† masa ni lbh krg jam 4pg. Bidan ingat air ketuban aku da pecah sbb da 8cm kan.. So xla dia pecahkn. Kalau x mesti kjb je tu nak naik ke 9cm. Ni tgu lbh sejam jg la. Pelan2 sakit dia makin kuat. Dan aku kluar darah ye.. Bkn lendir or air.. Darah.. Mcm byk je aku rasa.. Sbb last skali tu tgk byk darah nurse tu trus cucuk utk drip air.. Incase apa2 hal katanya.. Xlama pastu dr.Sarva dtg.. Masa tu 9cm da. Skali dr.Sarva cek air ketuban lum pecah. Lps ja dr.Sarva pecahkn trus rasa nak meneran tu dtg. 2 kali teran jg la sbb tgh2 meneran tu dr.Sarva suh tarik nafas. Masuk blk kepala baby 😁. Kali ke2 teran lahirla Arziki. Alhamdulillah.. Trima kucupan dr hubby. Dipermudahkan Allah.

MrsDyiean

Blog lama tak publish lg.. huhuhu 

I NEED A COMEBACK!!

Assalamualaikum...

Haloooo....

Ya Allah lamanya tak update blog ni.. Memang ada angan-angan nak update blog.. nak tulis macam2 perjalanan hidup ku ni.. Dulu blog ni pasal jahitan manik.. lamanya dah tak jahit manik.. ada request kdg2.. tp rutin harian tak macam dulu.. so agak susah nak fokus dalam jahitan manik sebab amik masa panjang...

Tak lama lepas tu terlibat pulak dengan baking ni.. sampai 1 tahap seismilk post pasal kek roll buatan kitaorg.. Ya Allah bestnya.. skrg ni masih baking lg.. alhamdulillah kecil-kecilan ikut kemampuan tp kek dihasilkan dah pelbagai la.. I akan tulis nanti cerita mengenai kek-kek yg ada.. atau bole jugak follow ig @azzaleacake.. sanala I post segala jenis kek yang kitaorg buat & jual.. I kira nak buat jugak tutorial dalam blog untuk cara2 buat kek kitaorg.. ada ke yg nak baca tu?

Setahun dua ni.. I bejinak-jinak pulak dalam dunia makeup.. almaklumlah semakin berkembang dunia makeup ni.. I mmg minat dari zaman sekolah lg bab-bab makeup ni.. tp masa tu takla mampu nak membeli makeup ke.. nak amik kursus makeup ke.. belajar sekarang pun asas dari youtube je..I berjinak-jinak buat video youtube.. follower br 20 org 😜😜😜.. tp tak pa.. bila dapat share mengenai benda yang kita minat, mmg puas hati..

Oh ya.. I dah ada keja tetap.. jdi Cikgu.. Cikgu PJK ok jgn tak tau.. sapa-sapa yang follow ig/fb I mesti tau dah.. kat sekolah pun share jgk pasal makeup ni.. selalunya kwn-kwn cikgu ni bertanya la jgk pasal2 makeup ni.. yelah.. dah namanya pompuan mestilah nak menjga penampilan diri kan.. bukan sebab nak cantik di mata orang pun.. lebih kepada kepuasan diri sendiri.. nak sentiasa nampak cantik..

InsyaAllah nanti I akan share video-video makeup yang I dah buat dalam blog ni.. buat masa sekarang ni I cuti panjang.. lebih tepat lg MC panjang... patah kaki.. nti I buat entry lain tentang patah kaki ni ye.. minggu depan insyaAllah I kena opret psg besi kat kaki.. patutnya isnin lepas.. tp tepaksa postpone sbb I batuk.. huhuhu... please doakan I dapat jalani operation tu secepat mgkn.. sgt tak selesa kaki besimen ni.. beratnya Ya Allah.. πŸ˜…πŸ˜…

Mudahan ada lg yang membaca blog I ni.. insyaAllah blog ini akan dimeriahkan semula 😍😘😘

P/S.. i akan buat entry macam2 la.. makeup, masakan, cake, perjalanan hidup, anak2..

MrsDyiean

06 November 2013

Pakai diaper apa?

Semenjak ada baby kecik ni.. Timbul lg citer diaper ni.. Hehe... Sblm ni dah citer diaper apa utk persiapan sblm baby lahir kan.. Tp sbg tambahan hr tu sblm blk kg after ziki lahir.. Kitaorg ada bli pampes whoopee saiz S.. Since kakaknya pakai pampes ni & kitaorg puas hati jgk la kan.. Bwk blk kg. So kiranya ziki ada 3 jenama pampes masa tu, mamypoko, huggies biru & whoopee.. 


Whoopee ni murah jer.. RM29.90 sepeket besar ni.. Pelekat mcm mamypoko & huggies gak.. Tebal.. Kira bebaloi la kan.. Tp, oleh sbb ziki lahir kecik jer.. 3kg tp badan panjang.. So mmg kecik la kan.. Pakai diaper huggies pun msh longgar lg.. Kitaorg mmg xpakaikan diaper lain.. Mamypoko saiz newborn pun besar utk ziki..kitaorg teruskn jak pakai huggies biru ni size newborn utk semgu d kg.. Sbb xda jual huggies total protection (paket merah) kat cni..huggies biru ni ok cuma getahnya kasar ckit ler.. Berbekas paha ziki.. So blk kk kitaorg gi bli huggies merah tu.. Mmg better dr huggies biru kan.. Siang pakai huggies merah, malam pakai mamypoko.

Bila ziki da ble pakai size S.. Kitaorg pakaikan dia whoopee yg dah bli hr tu.. Ok mmg ok.. Tp msh besar utk ziki.. Kembung amat.. Hehe... Tebal plak tu so nampak ziki mcm krg selesa.. Kitaorg pun decide nak pakaikn blk huggies merah utk ziki.. Tp bila di servay hypermart.. Lain pulak jadinya. Kebetulan huggies buat promosi..so kitaorg bli la huggies ultra (paket hijau) size S utk ziki. RM40.90 utk 70pcs. Dlu azza pun pakai huggies ultra cuma da x dkluarkn lg sblm ni kalau x mesti bli yg ni dr awal. Mmg sesuai dgn ziki. Ziki pun nampak selesa. Harga murah ckit berbanding mamypoko dan senang nak dpt paket jumbo. 

So asben pun decide nak pakaikan ziki huggies merah utk siang & huggies hijau utk mlm & jalan2..


Harga sebenar dlm RM45.90.. Murah ckit jer dr mamypoko..cuma cni mamypoko paket jumbo xda jual d servay.. Kat giant jer ada tp mahal sgt.. Xbebaloi d beli.. Huggies ultra ni pun da sgt memuaskan hati... 😊😊😊

05 September 2013

Alhamdulillah.. Sudah selamat bersalin

Aku dah selamat melahirkan baby boy pd  1 sept 2013 jam 6.06pg... 
Ni masa 1st time dihantar ke wad after diletakkan dlm warmer agak lama (baby i ni xtahan sejuk yuu)

So..aku nak share la jgk pengalaman istimewa melahirkan bayi ke3 ni... Lucu jg bila d kenangkan.. 

Kisahnya menunggu saat bersalin ni amat la terasa kali ni.. Sbb smpi saat 39mgu pun msh lum ada tanda-tanda bersalin.. Aku & asben amat berharap baby akan kluar semasa dia ada..sbb asben akan balik ke sandakan pd khamis 29 ogos 2013 utk mengikuti majlis bacaan yassin & tahlil arwah bapa mertua.. Asben naik flight utk ke sandakan awal pg.. Namun, sehingga ke pg khamis tu msh lum ada tanda-tanda baby nak kuar.. Oh ya.. Sbnrnya pg checkup isnin lalu, Dr.Sarva mengatakan aku akan bersalin xlama lg.. Itula yg myebabkn debaran bersalin makin terasa.. Dgn amat berat hati asben meninggalkn aku dan azza pg tu.. Asben takut aku nak bersalin masa dia xda sbb kebetulan adikku akan pulang ke kampung sbb ada urusan.. Maka mlm tu aku & azza sendirian sj d rmh.. Mmg aku pun nangis2 da pg tu.. Tau sj la.. Mmg amat penting bg kami utk asben ku sama2 berada dlm dewan bersalin dan myambut sendiri kelahiran bayi kami.. Itu sebab utama kami memilih hospital swasta memandangkan hospital Kerajaan d sini dgrnya x membenarkan lagi asben menemani isteri. Tambahla asben berat hati nak pi.. Tp dlm keadaan bgtu of coz la famili asben pun sama pentingnya.. Wpn mak mertua xkisah jg kalau asben dpt blk atau x semasa kenduri tu.. Tp sbg anak lelaki sulung tanggungjawab asben tu amat besar setelah ketiadaan bapa nya..

Alhamdulillah.. Wpn aku ada rasa sakit2.. Broxton hicks rasanya.. Dan rasa ngilu2 kat bahagian dlm mis V tu.. Tp mlm tu blum lg baby nak kluar.. Abah pula apabila mengetahui aku & azza sendirian mlm tu.. Trus abah amik cuti utk esoknya & datang menemani kami.. Selain itu, asben pun tetap jg bertolak blk mlm tu setelah majlis d sana selesai.. Asben tetap xsenang ati.. Wpn abah da ada d rmh pd masa tu.. Asben naik bas dr sandakan jam 8 mlm tp bas tu lewat smpi dr jangkaan d kota kinabalu.. Smpi asben smpi pun tanda-tanda bersalin blum lg ada

Pd jumaat tu asben smbg cuti.. Rehat2 sbb jam 3.30 pg br smpi rmh. Mama pun dtg dr kg mlm tu utk sama2 menunggu aku bersalin... Secara keseluruhan hari jumaat & sabtu dipenuhu dgn aktiviti berjalan2, makan2 & beraya di rmh sedara.. Xada tanda mo bersalin jg smpi sabtu mlm tu.. Wpn jangkaan semua org baby nak kluar 31 ogos.. Xjgk baby ni nak tarikh tu.. Hehe.. Aku agak tertekan jg la.. Sedih ooo tgk mama & abah dtg jauh2 gtu semata2 nak tgu aku bersalin.. Dan kesian kat drg if aku xbersalin jg hujung mgu tu.. Sbb perancangannya drg akan blk ahad ptg.. 

Mlm sabtu tu mmg mood sedih la.. Aku pun google2 la cara mempercepatkan bersalin (desperate amat kan!! ).. So sebagai usaha minta la asben buatkn air selusuh.. Usaha aja la kan.. Selebihnya tawakal la.. Selain itu, usaha 1 lg adlh make ❤ dgn asben.. Hehe.. Da lama xbekesempatan jg.. Byk yg blaku dlm semgu-2 ni.. Itu usaha kami selain doa mama & abah sbb drg nak aku bersalin masa drg ada.. Biasala parents mana x risau kan.. Selain itu mmg slalu ckp kat baby la kan.. Cuma mlm tu da mmg berserah sj la sbb da tggl hr ahad utk mgharap 😝

1 sept 2013
Jam 225 pg gtu aku tebgun.. Pi tandas utk kencing.. Msuk bilik nak smbg tido.. Tiba2 trasa ada cecair kluar dr mis V.. Lap dgn tisu.. Cek rupanya darah.. Konpius jab 
'ni tanda ke pasal semalam?'
Pi tandas blk utk cek.. Mcm byk plak darah tu.. Masuk bilik kejutkn asben.. 
'Hubby ada darah la... ' 
Asben trus bgun.. Tekejut.. Tp aku ckp kat asben.. Xpasti lg ni.. Da rasa sakit ckit la.. Kira dlu takut x konsisten.. Asben pun rilek jab.. Aku baring dan kira masa kontraksi.. 5min skali.. Tp sakitnya kira mild lg la.. Bila da konsisten tu kejut jg mama & abah.. 
'Mama, kluar tanda da ni..'
Kelam kabut mama bgun & kejut abah.. Mama perhatikan riak muka aku pun da tau yg mmg aku nak bersalin da.. So, kami pun siapkan brg.. Asben smpt lg cuci botol2 azza.. Tp asben plak tiba2 mual & muntah di dpn tandas.. Ya Allah.. semua terkejut.. asben jenis yg xreti muntah tau.. cian asben.. cpt2 aku ambik minyak angin utk urut perut asben.. Syukur asben lega slps muntah.. kesan maigrain kelmarin agaknya..Azza pun bgun jg tau.. Lbh krg jam 320 pg mcm tu kami bertolak ke KK Specialist Centre.. 

Sampai d KK Specialist Centre, nurse buat ctg.. Kontraksi ada.. Tp ckit katanya.. Ya br dpm 40 masa tu.. Pastu cek bukaan.. Bidan yg cek tu terkejut apabila bukaan ku suda 8cm.. Aku sendiri pun terkejut.. Bidan cek skali lg.. Mmg sah 8cm.. So drg suh pilih wad, masuk wad kjb utk drg siapkan aku & pastu trus msuk dewan bersalin. 

Aku pilih single bed.. Senang ckit family nak lepak kan.. So, masuk wad..salin baju suma.. Nurse cucuk ubat kasi berak.. Pastu aku pun pi la tandas utk clearkn apa yg patut.. Lega jgk la kan.. Hehe.. Asben & family masuk bwk brg2.. Nurse pun dtg bwk kerusi roda.. Aku siap ckp lg kat nurse ' ble jln lg ni nurse'.. Nurse suh naik jgk... Kelam kabut asben rendam akar siti fatimah.. Oleh sbb kena tgu akar tu kembang.. Asben lmbt ckit join aku d dewan bersalin.. 

Di dewan bersalin.. Nurse psgkn ctg utk dgr jantung baby.. Nurse tanya nak pain killer x.. Aku kata ok lg ni.. Xlama pastu asben pun join.. Aku rilek lg.. Sakit msh mild.. Ble bual2 dgn asben lg.. Ketawa2 suma.. Nurse blk2 dtg utk tanya nak pain killer x? Aku kata msh tahan lg ni.. Mgada tul kan.. Nak buat mcm mn kan.. Msh ble tahan lg.. Apabila sakitny da mula meningkat.. Aku pun minta suntik pain killer.. Setiap kali kontraksi dtg, aku capai tgn asben x genggam kuat2.. Asben ucap 'sabar yg syg'.. Aku minta ampun dgn asben.. Sedih plak.. Yela mn la kita tau takdir yg Esa kan.. 

Dlm menahan sakit tu..ntah brpa kali bidan cek ve.. Tp mmg xla sakit sgt ms cek.. Kuncinya kita kena relaks.. Namun msh 8cm.. Nurse& bidan kerap bertanya dah ada rasa mo meneran ka? kompom la blum kan.. hebe...masa ni bidan ingat ketuban dah pecah.. Pastu aku trasa ada air suam2 kluar.. Ingatkn ketuban.. Suh asben tgk.. Rupanya darah.. Huh.. Bedebar jg.. Jgnla ada masalah lain pula.. Utk langkah bejaga2 nurse injek drip air.. Xlama lps tu dr .Sarva pun smpi..'Hi doc'.. smpt lg... haha.. Dr.sarva kata ketuban lum pecah.. So dia pun pecahkn la..lps tu mmg sakitnya memuncak la.. Oh ya masa dr. Sarva pecahkan ketuban tu bukaan da 9cm ye.. Cpt jak lps tu da full bukaan.. Rasa meneran pun da ada.. Cpt2 drg prepare letak kaki aku kat besi suma.. Dlm masa nak meneran tu aku smpt tanya lg kat doc.. ' da ble push ke doc?' .. Doc kata push.. Push.. So aku tarik nafas & push.. Tukang sorak ramai gak.. 2 org nurse, sorang bidan & dr.Sarva.. Mula2 push tu xbejaya jgk la.. Nafas xckup.. Doc suh tarik nafas.. Masa ni trasa kepala baby masuk semula tau.. Pastu aku push sekuat hati.. Kluarla baby ku.. Alhamdulillah.. Itu yg mampu ku ucapkan.. Baby lahir dgn salutan verniks yg tebal jgk la.. Hihi..39w1day.. Nurse letak atas perut dan sedut hidung & tekak baby utk kluarkan lebihan air ketuban.. Baby pun nangis.. Dr. Sarva sepit tali pusat & suh asben potong tali pusat.. Dengan lafaz selawat asben pun gunting tali pusat baby... Sempat ambik gambar & baby pun d bwk ke nursery utk di letak dlm warmer.. 

Sesi mjahit pun mula.. Aku tanya doc 'byk ke koyak doc?'.. Dr. sarva jeb.. 'Very tiny'.. Alhamdulillah... Koyakan bhgn dlm sj.. D bius dlu sblm jahit.. Tanpa episitomi mahupun koyakan bghn perinium.. Even skrg pun da trasa bhgn jahitan mula recover.. Xsakit da kalau duduk.. 

Baby Muhamad Qoid Arziki lahir pd jam 6.06pg..di KK Specialist Centre.. Dgn berat 3kg.. Berat je 3kg.. Tp kecik je.. Nurse kat berat tulang.. 





Syukur pd mu Ya Allah krn mengurniakan aku dan suami anugerah ini.. Walau sepayah mana pun mendidik & menjaga mereka.. In Shaa Allah akan kami usahakan jua.. 

Ibu & abah ❤ ketiga-tiga buah hati kami
Nur Qamarina Barie'ah
Nur Azzalea Batrisyia
Muhamad Qoid Arziki



Us

Daisypath Anniversary tickers

Me&Him

Daisypath Anniversary tickers

Nur Azzalea Batrisyia

lb1m.lilypie.com/TikiBlogger.php/1Xp3

My Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Blogger news