Iklan Best!

27 January 2020

Persediaan bersalin untuk kembar

Ada tak antara korang yg mcm aku ni.. br jak detect mengandung anak kembar 😅.. minggu ni da masuk 25w.. tak ada persediaan dibuat lg.. untuk anak-anak sebelum ni.. selalunya kami mula membeli barang keperluan bayi apabila kandungan masuk 8 ke 9 bulan.. tgk kerajinan 😆😆.. tp kali ni mcm kena prepare awal pulak kan..

Daripada pembacaan yg aku buat seminggu dua ni.. kehamilan kembar ni kira high risk la jgk.. kebanyakan kehamilan kembar dilahirkan lebih awal dr due.. apatah lg kalau kehamilan kembar seiras yg berkongsi placenta kan.. kembar aku ni 2 placenta maksudnya kembar tak seiras.. risiko kurang sedikit berbanding kembar seiras. Kembar seiras terutama yang berkongsi placenta ni mempunyai risiko placenta kurang berfungsi dengan baik selepas minggu ke 38. (Mohon rujuk lebih lanjut doktor anda ya)..

Esok aku akan bejumpa doc pakar di Hospital Wanita & Kanak-Kanak Likas..aku hrp doc bole la explain lebih ckit psl kembar aku ni.. mudahan esok segalanya dipermudahkan. Nerves aku huhu. Suami xdpt temankan esok sbb dia ada kursus. Kalau keja mcm biasa mmg aku suh dia cuti 😆.. tp xpala.. insyaAllah ok jgk nti.

Berbalkk kpd persediaan ni.. aku skrg ni dilema jgk. Sbb xlama lg kandungan masuk 7bulan. Perlu ka buat persediaan seawal tu? Wpn bukan anak pertama tp kebykn baju2 mmg da xda. Aku ni sejenis yg suka bg bju pd adik2 utk anak2 drg pakai 😆.. mmg xplan kan nak mgandung.. apatah lg kembar.. adala sehelai dua baju yg mmg aku xbg. Bju 1st anak2 aku kluar wad. Oleh sbb aku ada 2 anak lelaki sblm ni, kita ngamla bg pakai anak kembar aku bju 1st drg kan..

Hr tu ada jgk la gi servay2 brg2 baby.. sj nak bejln.. tgk2 car seat.. okla ada je harga mampu milik. Tp xtaula mcm mn nak muatkn anak2 dlm 1 keta. 3 carseat, c kakak, ibu & babah as driver dlm keta proton saga 😅😅.. kalaupun ziki xpakai carseat still jg xmuat kot.. huhu.. mcm mn agaknya nti tu.. buat masa ni xmampu lg nak tukar keta. Anak2 aku mmg dr baby akan pakai carseat. Cuma bila anak kembar ni jdi double la kan 😅.. kita tawakal dlu buat masa ni.. mana tau Allah bg kata sekelip mata bole jgk kami beli keta MPV nti 😆..  aku xmenolak carseat ok. Cuma kesian jg pd yg anak ramai kan. Mcm mn drg atur carseat ni nti. Aku sendiri pun skrg xda idea.

Blk kg hr tu byk jg bebual dgn asben isu brg baby ni.. brpa set baju nak kena beli.. kami plan nak beli romper  size newborn mgkn 1-2 set sbb selalunya baby kembar ni kecik je.. anak2 aku dlu 2.9kg pun kecik je.. tp apapun kena tgk anggaran berat baby dekat due nti.. mgkn bole beli 1 set dlu romper newborn, 1 set romper 0-3m, pastu 2 set sleepsuit newborn/0-3m.. tgkla kan.. benda2 lain rasanya xkisah sgt.. bab baju ni bila kembar mmg befikir jg la.. kami mmg sejenis xsuka beli yg telalu besar wpn kata org lama baby pakai.. tp nmpk mcm sarung nangka rasa kesian pulak 😅😅..

Dlu beniat nak beli cloth diaper.. tp da kembar ni mgkn awal2 tu blum la.. xkuasa den nak myuci byk2 😅😅.. jangka masa pnjg sgt bgus.. tp kalau ada maid xpa jg.. huhu.. syabas tul ibu2 yg tekun pakaikan anak cloth diaper ni.. aku respect ok..

Esok aku update dapatan dr pakar O&G likas ya..doakan semuanya dipermudahkan...


MrsDyiean

No comments:

Us

Daisypath Anniversary tickers

Me&Him

Daisypath Anniversary tickers

Nur Azzalea Batrisyia

lb1m.lilypie.com/TikiBlogger.php/1Xp3

My Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Blogger news