Iklan Best!

01 April 2020

Bersalin semasa PKP Covid19

Sekarang ni kandungan twin aku da masuk 34w+.. alhamdulillah smpi ke tahap ini.. ikut pembacaan dan maklumat doc kalau baby twin ni reach 35w kira bgus sgt da tu.. insyaAllah bole smpi la ni kan.. lg beberapa hr wpn sbnrnya due aku ni berubah2 😆😆😆...

Alhamdulillah both babies skrg ok.. last checkup jangkaan berat baby A dlm 2.2kg manakala baby B dlm 2.08kg.. oleh sbb skrg ni msh dlm PKP so hr tu aku pi checkup d HWKK Likas ja.. xla pi KK Specialist sbb susa nak kluar.. huhu.. xpala kan sbb rancangan bersalin pun d HWKK likas ja.. tp yg sioknya kalau pi KK Specialist tu asben dpt tgk babies jg.. 😆

Memandangkan skrg ni msh lg PKP sehingga 14 Apr.. adala aku tebaca tips bagaimana persediaan untuk bersalin di musim PKP ni.. wpn tips tu xkluar byk jg yg aku da jangkakan..

1. Tiada peneman dalam labour room. Huhu. Yg ni aku dpt confirmation dr kwn sekerja yang baru jg bersalin di HWKK Likas. Ada certain hospital msh bg suami tggu d luar utk azankan baby. Tp nmpknya tidak di HWKK Likas. Bidan benarkan buat VC untuk suami azankan baby. Masa dpt tau ni rasa sebak pulak, mmg kena hadapi semuanya sendiri. Mudah-mudahan Allah permudahkan semua ibu yg bakal bersalin kali ni.

2. Tiada peneman di dalam wad. Yg ni mmg sblm ni pun mmg xbole pun. Tambah2 lg keadaan skrg kan.

3. Tiada pelawat dibenarkan masuk melawat. Sesetengah hospital msh benarkn tp masa sgt singkat. Tp untuk hospital yg aku bakal bersalin ni, mmg drg xbenarkan. Suami hanya bole drop off barang2 shj. Cabaran lg utk ibu2 semua. Oleh sbb aku mgandungkn baby twins, mmg byk la perkara yg merisaukan (oppss, ibu mengandung mmg cenderung overthinking ok).. aku risau kalau susu aku lmbt kluar seperti selalunya..

Aku besalin da 4kali.. kali 1st tu mmg bengkak susu tp anak aku meninggal so tepaksa perah buang sj la kan.. tp utk anak yg 3 org tu, wpn drg hisap susu dr awal tp susu aku tetap bengkak & aku hampir demam. Sgt2 sakit ok. Aku akan usaha pam & urut sampai susu kluar. Kiranya susu aku sumbat la.. aku akn tuam dgn tuala yg rendam air suam, smbl urut2, urut dgn sikat, pam, tiap kali mandi akan urut lg.. dan slalunya mmg akan smpi nangis2 sbb susu akan keras mcm batu & sgt2 sakit 😣😣😣😣.. mmg da 4x bgini ok.. so aku risau sgt utk kembar kali ni sbb d hosp gov ni kena la susukan badan kan.. ofcoz aku sentiasa berusaha.. tp slalunya aku end up cmpr jg utk atleast semggu dua pertama.. lps tu anak full bf dgn gembiranya.. rasa2 mcm mn la nti aku bole buat utk kali ni ya..kalau anak masuk NICU misalnya (ni kes kalau prmature) mesti kena pam & bg baby kan.. huhu Ya Allah benda ni sgt merisaukan aku.. tp aku tetap kena doa & tawakal. Mgkn inila sbbnya babies aku msh dok dlm perut spy drg cukup matang & cukup berat xya masuk NICU kan...

4. Brg utk ke hospital. Bila pikir2, adalah lbh baik aku sedia semua brg siap2 utk memudahkan aku & suami. Ya la.. suami kena jaga anak lg 2 org. Dia xbole la nak byk jln sbb kami xyakin tggl kn anak d rmh sendirian. Mmg xpenah ok. Time musim gni terutamanya PKP Fasa 2 ni, peraturan lg ketat.. mcm mn la suami nak ulang alik hntr brg apa kita perlu kan 😫😫😫.. so kena la kuatkan semangat. Byk lg brg aku xpacking. Xda mood nak packing terutama brg sendiri. Sbb rasa mcm nti awal2 siap tup2 lama jgk br besalin 😅.. tp imagine la beg aku da penuh sbb aku standby brg baby utk 2 org, pastu utk 3 hr pulak 😅

5. Kena standby mask.. huhu ni yg susa skrg. Kat KK ni susa cr mask. Kalau ada pun pre-order pastu rm85 sekotak. Aduhai.. so aku jahit je mask skrg dlu. Tp dlm masa yg sama cr jgk ni. Tp nak yg readystok. Sbb xmo tgu nti xsmpi2 pulak saat btul2 d perlukan.

Ya Allah Ya Tuhanku.. permudahkan utk semua ibu-ibu bakal bersalin d musim PkP ni.. kuatkan lah mental & fizikal kami Ya Allah.. pasti ada hikmahnya semuanya..

Doakan aku cpt bersalin ya.. xlarat ni rasa keberatan d perut dgn sakit2 yg tipu2 🤭🤭

Aminnnn

MrsDyiean

Us

Daisypath Anniversary tickers

Me&Him

Daisypath Anniversary tickers

Nur Azzalea Batrisyia

lb1m.lilypie.com/TikiBlogger.php/1Xp3

My Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Blogger news